Monday 20 February 2012

Janji Allah itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya menerima 1 cek melalui pos berjumlah xxxxx. Terkejut sangat kerana tidak diketahui atas tujuan apa. Dengan jumlah yang sebegitu, amat dirisau. Apakah ia?
Cuma saya teringat, semasa menerima dividen ASB baru-baru ini, banyak dicita-citakan tetapi tertangguh dalam hati saja kerana berjanji pada mak dan ayah untuk membayar bil rawatan hospital ayah. Saya redha walaupun pada mulanya hati rasa was-was tapi suami berkata, InsyaAllah ada rezeki lain akan datang.
Baru-baru ni masa tengok drama di Lorong Waktu, pelakon tersebut turut bercakap hal yang sama, jika kita membantu, Allah akan bantu kita. Cepat atau lambat, janji Allah itu pasti. Allah yang memberi janji dan Allah tidak pernah memungkiri janji.

Harap-harap itu rezeki saya ye Amiin. InsyaAllah jika ia rezeki saya akan ada bahagiannya untuk yang memerlukan.

Terima kasih Ya Allah.

Wednesday 15 February 2012

Kerana mulut...

Bismillahirrahmanirrahim,

Kerana mulut kasih tercipta, kerana mulut hati terluka, kerana mulut badan binasa namun kerana mulut juga, pahala berganda.
Mulut tidak dapat disalahkan apabila seseorang mengeluarkan kata-kata yang kurang baik, menyakiti hati orang lain. Ia adalah dari hati.
Hati saya juga terlalu sensitif apabila ada yang berkata  perkara-perkara tidak baik. Tetapi saya harus sabar dan jangan mudah mengambil hati akan perkara-perkara kecil yang menyebabkan hubungan semakin jarak.

Doa kepada Allah agar Allah kuatkan hati saya, tidak mudah sensitif. Anggap yang bercakap itu kurang imannya (bolehkah saya anggap begitu, siapalah saya kan). Tapi utk menyedapkan hati, saya kira itu antara saya dan Allah. Bolehlah rasanya :)

Saya dalam proses untuk membaiki diri. Blog ini diwujudkan juga agar saya dapat berkongsi kepada 'sesuatu'. Bukan tak mahu kongsi kepada suami, rakan dll tapi menulis memberi kepuasan. Setelah diluahkan disini, saya yakin, saya boleh lupa.

Ehm, adik saya baru saja telefon. Saya rindukan dia. Lama hubungan kami terhenti. Saya mengharapkan ia bertaut kembali.



Monday 13 February 2012

Dari mana harus bermula....

Bismillahirrahmanirrahim,
Berpindah, mendapat tugasan baru dalam keadaan ini sendiri masih baru serba serbinya memberikan saya cabaran untuk memulakan.

Bantulah saya Allah untuk saya mulakan ia...dari mana saya harus bermula.Kurniakan ilham kepada saya Ya Allah, agar amanah yang saya terima ini dapat saya galas dengan baik dan bernilai dari setiap wang gaji yang saya terima. 

Saya ini lemah, pengalamannya kurang, ilmunya terbatas, mohon Ya Allah, jelmakan 1 ilham untuk saya bekerja kearah yang baik dan dapat membantu meningkatkan kualiti tempat saya bekerja.
Syukur Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang sangat baik, memahami dan berilmu. Saya yakin, beliaulah yang akan menunjuk ajar saya pada perkara yang tidak saya faham....

Semoga saya akan mendapat idea dari mu Ya Allah bagaimana untuk saya meneruskan permulaan ini.






Bismillahirrahmanirrahim...

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah atas segala rezeki yang dikurniakan.